kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...
blog ny menceritakan tentang aku, kawan-kawan aku dan keluarga aku serta trip-trip dan tips-tips bagi yang berminat untuk melancong.....
Followers
Saturday, January 2, 2010
BF XGUNA. hehehehe.......
Hello sayang...
kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...
Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......
Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...
Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...
Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....
Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...
Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...
Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...
bye-byee....
kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...
Friday, January 1, 2010
Rindu benar saya dengan blog saya ini, sudah terabai sekian lama dek kerana melayan laman web sosial - Facebook. Namun, tempat jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat bermain, semestinya tempat saya bermula di dunia siber tidak akan saya lupakan malahan saya akan ke mari sekiranya ingin melapangkan fikiran dan berkongsi pendapat saya secara peribadi terhadap apa jua perkara yang saya rasa wajar untuk saya kongsikan bersama dengan pembaca blog ini.
Pada masa kini, rata-rata semua pihak membicarakan tentang 1 Malaysia gagasan yang diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri. 1 Malaysia sebuah nama yang enak untuk disebut tetapi apakah kita memahami apakah maksud 1 Malaysia? Setiap individu mungkin mempunyai persepsi sendiri tentang 1 Malaysia berdasarkan kepada takrifan 1 Malaysia menurut Perdana Menteri sendiri.
Secara peribadi, saya rasa terlalu banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam usaha kita mencapai matlamat 1 Malaysia yang jitu. Salah satu daripadanya adalah aspek budi bahasa orang Malaysia tak kira bangsa atau agama. Orang Malaysia tidak mengira di mana berada harus mempamerkan budi bahasa yang tinggi tanpa mengira pangkat dan darjat, tinggi atau rendah pangkat, tua atau muda, semuanya harus bertatasusila.
Apakah pendapat anda dengan perkhidmatan pelanggan yang diberikan oleh para peniaga? Adakah anda berpuas hati dengan layanan mereka? Saya tidak pasti di tempat lain tetapi apa yang pernah saya alami mungkin juga pernah dialami oleh anda dan kebanyakan rakyat Malaysia.
Beberapa minggu sudah saya pergi ke salah sebuah pasar raya di daerah tempat saya tinggal untuk membeli beberapa barang keperluan. Saya naik berang sewaktu saya menghulurkan wang untuk membayar harga barang saya ditanyakan pula "30 sen ada?", lantas saya menjawab "Kenapa kamu mesti minta 30 sen? Bukankah kamu mesti ada wang kecil?" sambil saya mengeluarkan syiling 30 sen dari dompet saya. Juruwang yang bertugas hanya tunduk mendiamkan diri sambil mengambil duit syiling yang saya berikan lalu membuka mesin wang untuk memulangkan wang baki. Apa yang saya lihat dalam mesin wang tersebut adalah lambakan wang syiling yang lebih daripada cukup untuk mengembalikan wang saya yang hanya memerlukan syiling 70 sen.
Juruwang memulangkan wang saya berserta resit tanpa melihat muka / mata saya dan tanpa mengucapkan 'terima kasih'. "No thank you?", saya berkata kepada beliau dan dengan selambanya dia memalingkan muka dan langsung tidak menghiraukan saya. Saya berlalu dari kaunter sambil berkata-kata dalam hati melampiaskan rasa tidak puas hati dengan layanan juruwang tadi.
Saya berfikir lama berkenaan perkara ini. Berfikir adakah kita sudah kehilangan kemanisan tutur bicara? Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang tahu berbudi bahasa? Atau anak-anak ini yang tidak masuk ajar? Susah sangatkah nak mengucapkan 'terima kasih'? Atau mungkin di dalam mulut juruwang tersebut ada emas yang akan jatuh apabila beliau mengucapkan 'terima kasih'?
Adakah ini imej 1 Malaysia? Ini bukanlah insiden pertama saya tetapi sudah berkali-kali dan ada masa saya sebagai pelanggan pula yang mengucapkan 'terima kasih' kerana saya sudah dididik untuk sentiasa menghargai jasa orang lain.
Bagi saya tak guna kita cuba berada di tempat yang tinggi tetapi asas tempat kita berpijak tidak kukuh. Tidak guna kita berusaha membangun aspek luaran tetapi aspek dalaman masih terkuntang-kanting. Untuk itu, saya suka kembali kepada asas pembangunan modal insan cemerlang kerana insan yang cemerlang mampu menempa nama walau di mana sahaja beliau berada.
Mungkin saya terlalu emosi tetapi perkara ini harus kita fikirkan demi keharmonian dan kebahagiaan bersama.

Thursday, January 1, 2009
Salam semua.....
bermulalah episod hidup Cik Orkid
aq seorang yang agak ceria kadang2, aq berkerja sendiri...aq buat travel agent, restaurant, event management, summer camp, car pack, car wash, catering, umrah, ziarah, haji package dan macam2 lagi....semua aq buat dendiri dengan tangan aq sendiri.....penat jangan cakaplah tapi aq buat semua ni dengan rela hati....bermula aq jumpa dengan seorang lelaki bernama Ahmad Zairul Azli....dia banyak bagi semangat untuk aq terus mulakan hidup baru setiap hari.....aq dulu seorang yang cepat mengalah yelah dulu hidup aq sangat senang, apa yang aku mahu misti dapat tapi sekarang semuanya susah.....nak buat macam manakan dh kentetuan Tuhan....aq harus bersabar....sekarang ni hidup aq jauh berbeza, walaupun agak susah aq tetap bersukur....sekarang aq terus berusaha untuk memulihkan semula apa yang telah terjadi sebelum ini.......
Subscribe to:
Posts (Atom)