Followers

Tuesday, January 26, 2010

Padang ~ Bukit Tinggi Trip

hari pertama...kL-padang-bukit tinggi...
hari ny aq bawak rombongan ke padang bukit tinggi seramai 35 orang....kami sampai di lapangan terbang antarabangsa minangkabau jam 9 pagi waktu malaysia...kalau waktu indonesia dalam jam 8 pagi..perbezaan 1 jam sahaja.....kami terus sambung pejalanan ke bukit tinggi melalui lembah anai...singgah sekejap melihat keindahan air terjun lembah anai dan keunikan rumah kampung minangkabau sebelum makan tengah hari di restoran tempatan...selepas makan aq bawa mereka melawat padang sikek, perkampungan yang terkenal dengan seni pertukangan dan ukiran kayu.....sampai saja di bukit tinggi...check-in hotel..aq bagi kunci bilik masing2 dan bagi tahu mereka makan malam pada jam 8:30......tepat jam 8:30 semua sudah berkumpul...aq bawa mereka makan di restoran tempatan....setelah selesai aq bawa mereka pusing2 kawasan berdekatan...dan setelah masing2 penat kamipun balik ke hotel untuk berehat.........

hari kedua...maninjau.....

pagi ini kami semua sarapan di hotel....pada jam 10pagi aq bawa mereka semua melawat ke grand sianok canyon...besiar2 sambil menikmati panorama pemandangan yang indah dilembah ini....sampai saja waktu tengah hari aq bawa mereka makan di restoran tempatan....selesai makan tengah hari aq terus bawa mereka melawat tasik meninjau melewati kelok 44 dan muzium serta rumah kelahiran buya hamka.....setelah puas berjalan2 aq bawa mereka ketempat yang memang mereka tunggu.....apa lagi kalau bukan........shopping..............aq bawa mereka ke pasar atas dan jam gadang.....sebelum balik ke hotel aq bawa mereka makan malam....selesai makan aq bagi tahu merek semua sebelah malam aktiviti bebas....ada yang ingin ke spa...ke karaoke...jalan2...dan ada juga yang mahu berehat sahaja....

hari ketiga.....minangkabau-padang....

selesai sarapan pagi di hotel...aq bawa mereka melawat ke batusangkar, melihat keunikan tanah minangkabau....kami singgah ditabek patah untuk menikmati keindahan panorama lanskap yang menarik dan seterusnya aq bawa mereka melawat industri tampatan seperti pisang salai dan pembuatan kopi tempatan yang bermutu tinggi.....apabila jam 1 petang aq bawa mereka makan tengah hari di restoran tempatan yang dikelilingi sawah pada....selepas makan aq bawa mereka melawat ke istana puteri lindungan bulan dan pejalanan diteruskan ke padang...tiba di padang aq bawa mereka melawat china town...pelabuhan lama...jambatan siti nurbaya...pantai padang...dan selepas tu masa bebas untuk mereka membeli belah....setelah puas berjalan2 aq bawa mereka makan malam dan check-in hotel di padang....

hari ke empat...padang-kL....

setelah sarapan check-out hotel....kami semua terus ke lapangan terbang untuk balik ke malaysia.......

Monday, January 25, 2010

Rahsia Bola Hitam dan Putih...

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya....

"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagi tau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa.

"Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.

"anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller bladebaru bersama secebis nota:

"Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:

"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..

"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah...

Suatu hari,

ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal........

Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee..

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... .

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus

kerana sudah tidak dapat

bertahan dan

masanya sudah hampir

tiba....

"sebabnya .........saya.. saya....

saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan

nafasnya hilang. Si anak

sudah meninggal sebelum

sempat memberitau bapanya

tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup

bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku

yang cuma paste cerita, lagi la tak

tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak

MORAL: Jangan buat benda2 tak elok, balasan dapat cash time tu juga

Sunday, January 24, 2010

Marshall's Resources

Inilah bangunan yang aq diami dan mencari sesuap nasi cewah...bermadah pulak aq ni....hehehe....tapi ini lah tempat aq meniaga, segala jenis perniagaan aq bermula dari sini....ini bahagia hadapan bangunan aq bukak resturant....
tara....sape2 yang berminat nk karaoke sudi2la datang.......karaoke ni dibuka dari petang sampai malam.....dekat belakang bangunan ni ada office, car wash, car park-untuk sape2 yg nak masuk thailand kenalah tinggal kereta dekat tempat aq ni...jangan risau kereta2 anda akan selamat...pengawasan 24jam.....ohye aq lupe nak bagi tahu, tempat aq meniaga ni dekat sempadan Malaysia-Thailand(betong) so pada sesiapa yang nk ke Thailand tu singgah2 lah kat tempat aq ni......disamping peniagaan yg aq dh bagi tahu ni ada lagi satu peniagaan yang memang aq minat....Travel.....aq jugak jadi wakil untuk Sri Sutra Travel....so agak mudahlah aq menjalankan peniagaan ini...(masa cuti sekolah lah...tp kalau takde cuti sekolah, payah jugak...) lagipun aq duduk dekat sempadan ada jugak orang2 thailand nak pergi kuala lumpur, genting dan macam2 tempatlah dalam malaysia.....luar malaysia pun aq buat jugak......macam beijing, korea, cairo, umrah & haji pun aq buat jugak lah....dalam banyak2 tempat yang aq pergi ada 1 kenangan aq tak boleh lupa...masa aq bawak grup pergi betong...diaorang ni semua 1 keluarga, dan yang menarik diaorang sangat2 spoting.......tapi sekarang ni aq dah jarang bawak grup, biasanya aq akan suruh orang lain yang pergi...aq kena duduk office pulak......banyak jugaklah kerja yang kena buat dekat office ni....lagipun hanya aq sorang ja yang ada...dekat sini kami berkerja hanya 5orang sahaja.....aq, ayol, farhan, mail, & din....penat jang cakaplah....tapi nak buat macam mana lagi..kalau nak ambik pekerja lagi kosnya yg tak mampu....terpaksalah aq tahan dengan kerja2 yang berat.........sabo je aq......staff pulak de la yg ok tapi yang tak berapa ok pun ade walau pun sorang yang tak berapa nak ok, macam2 masaalah jugak lah yang die buat...keje pun malas selalu sangat ponteng...dahlah hari2 masuk keje lambat terpaksalah aq yang kena ganti...takpalah hari ni hari dia esok2 hari aq pulak.........

Saturday, January 23, 2010

Betong Trip

hari pertama.......

wee~~boleh jalan2....ops..... aq tak boleh lupe diri...aq cuma bawak diaorang jalan2 bukan aq yang pegi jalan....hehehe...biasalah kadang2 teruja jugak, walau pun dah pegi banyak kali.....hari ni aq dengan ja'a jadi guide diaorang...ok la...pejalanan dari kuala lumpur semua tak ada masaalah...berhenti makan tengah hari dekat hentian tapah...sampai dekat tempat aq (marsyall's way cafe & karaoke) aq ada sediakan BBQ untuk semua tetamu....sebelah petang kami bertolak ke betong-thailand....check in hotel revel inn sebanyak 20bilik...1 bilik 2 orang saja...bila semua orang dah dapat kunci bilik aq terangkan apa activity untuk malam ini.....semua setuju untuk makan malam jam 7malam waktu thailand, sama dengan jam 8 waktu malaysia.....selesai makan aq bawak diaorang pusing2 bandar betong dan kamipun singgah di sebuah karaoke....yang muda2 semua mahu masuk karaoke sabai-sabai dan yang agak berumur aq sarankan mereka ke spa.....dalam 4-5pasangan pergi ke spa yang terdapat di bahagian atas bangunan karaoke...juga menempatkan bilik2 hotel.....dalam jam 2pagi waktu thailan mereka semua meminta aq hantar balik ke hotel...aq kumpulkan semua yang ada...dan aq bawa mereka balik ke bilik masing2....yang bujang2 masih ingin berjalan2...aq benarkan dan aq ingatkan mereka esok kita ada program menarik.....

hari kedua.......
pagi2 lagi aq terpasa ketuk pintu bilik budak2 bujang untuk bersarapan pagi bersama...kami bersarapan di kedai muslim di bandar betong...banyak kedai2 yang menjual makanan halal di sekitar bandar betong....so kalau datang cini memang tak perlu risau...... pagi ni aq nak bawak mereka pergi gua komunis yang ada di betong gua ni di buat oleh tentera2 jepun...pada tahun 1977...gua ni disiapkan dalam masa 3bulan sahaja dengan seramai 50 orang komunis...keluasan gua ini dalam 5-6kaki pesegi....gua ini juga mempunyai 9 pintu...dan salah 1 pintu boleh sampai ke baling kedah, malaysia...tapi setahu aq pintu tu dah ditutup...takut penyeludupan....biasalah hidup di border ni macam2 ada.......aq tengok semua orang pun suka duduk dalam gua ni...mana tidak dalam ni sejuk macam ada aircond....setelah puas lepak2 dalam gua aq bawak diaorang tengok2 kawasan luar gua....ada mini museum, pondak2 pengawal dan macam2 lagilah.....bila semua dah selesai aq bawak mereka makan tengah hari dekat halal muslim restaurant......bila semua dah kenyang aq bawa mereka terus ke stadium....dari kawasan stadium ini kami dapat melihat seluruh bandar betong....di kawasan stadium ini juga terdapat berbagai activity.....ada kawasan dance, aerobic...dan kita boleh lihat ramai warga tempatan beriadah bersama keluarga.....apabila petang sudah hampir pengujungnya aq membawa mereka semua balik ke hotel....untuk mandi sembahyang dan merehatkan badan.....sebelum mereka masuk kebilik masing2 aq bagi tahu makan malam pada jam 8:30 waktu malaysia....tepat jam 8:30 aq sudah menungu mereka di lobi hotel....aq bawa mereka makan di kedai mah (bekas tukang masak qa dulu)....selesai makan aq di beri tahu salah seorang ahli rombongan menyambut hari lahir pada hari ini.....mereka mahu menyambut di sebuah karaoke.....aq pun terus membawa mereka ke karaoke yang bersesuaian....jam 1 thailand aq bawa mereka hantar ke hotel untuk berehat dan tidur.....
hari ketiga.......
pagi ni mereka semua bersarapan dibilik masing2....aq tahu mereka penat semalam mendaki gua komunis....jam 10pagi waktu thailand aq bawa mereka ke flower garden untuk membeli bunga segar dan melihat2 kawasan yang nyaman.....selepas itu aq bawa mereka ke bazar membeli belah.....aq lihat mereka shopping dengan bergitu gembira.....pada waktu hampir petang baru mereka berhenti shopping untuk makan.....selesai saja makan aq bawa mereka pusing2 bandar betong untuk kali terahir sebelum balik ke malaysia.....mereka sampai ke tempat aq dalam jam 4petang...berehat sebentar sambil berkaraoke.....jam 6 petang baru mereka balik ke kuala lumpur.........

Friday, January 22, 2010

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.


2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.


3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.


4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).


5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.


6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.


7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.


8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.


9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.


10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.


11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.


12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.


13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.


14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.


15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.


18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)


19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB. Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada di Sabah bersedia utk menyerang filipina, sekiranya berlaku kesilapan kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari (takut beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik Malaysia sehingga Kiamat , insya ALLAH.....(Fakta tidak dapat disahkan)


20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.


21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.


22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.


23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).


24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.


25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu. senjata yg di gunakan RPG 2 (search kt google)


26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).


27. Kapal peronda TLDM KD Perak karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.


28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).


29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana mbalas dendam kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas itu 1 hari je tanpa d kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg trlibat telah d pecat kerana insiden itu

Thursday, January 21, 2010

kaitan Freemason dengan seluar dalam

FREEMASON ada dimana-mana.
Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US,
tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees.
Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.

Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..
maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :

http://www.amazon.com/Complete-I ... sonry/dp/1592574904

Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia
Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.

Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat.
Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.
Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??

tapi itu tak penting,
asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri
sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.
malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..

Mari kita lihat contoh-contohnya :



Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.
Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.
Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.

dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) ..

mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..



ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.
ini adalah konspirasi tahap tinggi
iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus
yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.



Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.
nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..

dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat



lihat dengan teliti persamaan dalam gambar.
adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai ‘the all seeing eye’

adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?
atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai “supreme being’ yg selalu menjadi tanda tanya selama ini

Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.
Ia berkeupayaan menyerap.
Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita
dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.

Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..
maka aku cuba terangkan pasal bacaan …

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

1) bacaan yang mengajak kita berfikir.
2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.

yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri
dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.

Semoga bijak mencerna.

aku dapat ni dari http://adiospunk.wordpress.com/2 ... engan-seluar-dalam/

lawak betul lah orang ni, seluar dalam & mangkuk tandas pun juga dikaitkan dengan freemason

Wednesday, January 20, 2010

Sejarah Putrajaya Serta Asal Usul Putrajaya

Mungkin ada diantara kita tidak tahu akan sejarah Putrajaya yang kini dimana kebanyakannya telah pun menjadi sebuah bandar pentadbiran kerajaan wilayah.Aku ader datuk saudara(kini arwah),orang kampung Jendram Hilir iaitu kawasan perkampungan sebelah Putrajaya WP.Atuk aku citer masa itu aku umur 8 tahun (1986)tapi aku masih ingt lg sampai skrg citer itu.Katanya dulu Putrajaya tu kawasan bernama kampung Prang Besar,dalam kampung daerah Prang Besar tua der lah 1 lagi kawasan kampung yang aku pun dah tak pasti namanya.Menurutnya nama Prang Besar dulu adalah merupakan nama sempena seorang ketua kampung (orang asli)yang sanggup berperang dengan orang cina bintang tiga yang nak rampas tanah orang asli disitu sebab nak buat kem.Tentra bintang tiga tu buatlah huru hara termasuk membunuh.Tetapi tok batin org asli ni pandai.Dia ader ilmu harimau tanah hitam!!!maka senang lah tentera bintang tiga di tumpaskan.Tok batin itu berjaya mengusir tentera bintang tiga itu dari kampungnya.Hanya berperang dengan bersenjatakan parang serta beberapa orang yang turut aada ilmu itu.Sejak itu wujud lah kampung,estet prang besar sempena nama tok batin ini.Arwah atuk tu citer pada tahun 1962,Felcra telah membuka ladang getah untuk tujuan komersial daerang Prang Besar itu.Sejak itu wujudlah jalan raya,sekolah,balai polis lama daerah Prang Besar serta kinik kerajaan di Selekoh Kampung Prang Besar.Maka dari pada pembukaan ladang atau estet penduduk juga bertambah.Kalau korang perasan if lalu kat flat Putra damai Presint 11,korang akan perasan ada saki baki jalan lama kat bawah tu.Sekarang yang lalu jalan tu hanyalah lori shell gas.Dari dengkil pun korang akan perasan dekat jirat cina itu ader jalan potong..tu la jalan lama Prang Besar-Puchong-Pulau Meranti.

Di pendekkan cerita,pada tahun 1995 aku masih lagi kerap ke kampung atuk kat Jendram Hilir.Masa itu kawasan Prang Besar dah tutup.Kampung2 dah kene pindah termasuk kampung Air Terentang (Cyberjaya).Aku tengok pokok getah n sawit tuh dah kene tarah separuh kawasan.Masa tu kawasan jalan lama Prang Besar ke Puchong belum tutup lagik sbb hiway putrajaya tu tak siap lagik.Aku tgk bnyk bukit kene tarah.Balai polis dengan pejbt pos mini tu pun dah roboh.Macam padang jarak jadinya daripada kawasan yang hijau,sejuk,nyaman.Aku ingt lagi waktu dulu2 lalu kat Prang Besar aku mesti terjumpa kucing hutan,monyet,orang asli jual madu dan macam2 lagi.Bila malam lalu kat jalan lama tu gelap aja takut..Lampu pun takder.Abg saudara aku yang masa tu umur 27 tahun turut kerja dengan kontraktor tebang pokok getah serta sawit kat Prang Besar ader sekali tu bawak balik berguni2 ubi kayu serta buah2an mcm asam paya.Then dusun/kebun orang Jendram pun kerjaan dah amik sbb bangunkan Putrajaya.That y lah orang kampung Jendram umah dorang besar2 n lawa2 skrg..hehehe

Tentang misterinya Prang Besar ni,arwah atuk sdra tu ader gak g tau aku bahawa ader 1 tempat yang berbukit kawasan perkuburan orang asli tak silap presint 4 kot.Ader jugak kontraktor yang nak rata tanah serta bukit kecil tidak lepas.Kalau nak tau kubur orang asli ni payah nak bersihkan sbb mistik kuat..Kalau skrg pergi presint 4 boleh lah tgk bukit serta batu yang seakan2 harimau hitam.Pada sapa yang tau lahkan tentang presint 4 tu..hahaha.Tapi aku takkan lupa suatu ketika dahulu aku pernah ke daerah Prang Besar serta sempat merasai suasana harmoni masyarakat pekan serta kampung di situ waktu dahulu...Alangkah nostalgianya Prang Besar bagi aku......

Tuesday, January 19, 2010

jiwa kacau :(

benci masa jiwa kacau.
gelora jiwa.

setahun dah berlalu.
apa akan jadi untuk tahun-tahun akan datang?

6 bulan ialah penantian.
3 bulan mengumpul duit dengan banyaknya hasil perbelanjaan akhir tahun yang massive.
4 bulan lagi berperang dengan diri sendiri.

nak seribu daya.
sehari pun dah rasa tak terdaya.
semoga aku cekal, tabah & apa-apa lagi perkataan yang menggambarkan kekuatan jiwa.

keluar dari comfort zone adalah bagus.
to defeat your own limit juga adalah baik.
we'll see how, soon.

cakap banyak-banyak dah tak guna.
diam-diam ubi kan berisi.

o ye,
ada masa kehidupan jadi sangat menakutkan.
aku berhenti, ambil masa untuk diri sendiri.
cari kekuatan.
cari apa-apa yang hilang.
lepas tu aku terus jalan lagi.

ada masa aku nangis tak berhenti.
lepas tu gelak sekuat-kuat hati.

satu benda yang aku belajar.
orang boleh cakap macam-macam.
orang boleh kata macam-macam.
orang boleh janji macam-macam.
akhirnya,
kau cuma ada diri kau untuk teruskan kehidupan.

sedih pedih, tawa riang cuma kau je yang rasa.
lemah atau gagah cuma kau je yang tau.
cuma kau yang tau apa yang kau nak untuk future kau.
cuma kau.

orang lain adalah angin yang boleh mendamaikan atau menghancurkan kau.

semoga selamat semuanya.
    

terima kasih semua!



p/s: kadang-kadang rasa sayu bila fikir tentang hal-hal kasih sayang ni. i memang emo sikit. tau u sayang i pon boleh buat i nangis. nangis tak semestinya sebab sedih, kan?

Monday, January 18, 2010

Kisah 3 Beradik Yang Kahwin Serentak... hehehe...

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.

Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ” BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? “anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?”

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. “CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbuny,? “7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!” ??????????????..

hahahahahahahahahahaa...!!!!!!

Sunday, January 17, 2010

Tangisan Itu


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap
bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa
ISTERI mrk begitu berHARGA…
Dan sangat berHARGA

Saturday, January 16, 2010

Cerita lucu dan agak lucah... hahahahahahaha.. giler..!!

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Dol yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Dol dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menympan RM1000 nya.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak Dol : Saya ni sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh.Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Dol : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Dol : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju...

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi, Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.......Dengan suka hatinya, Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Dol.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada.. hehehe..

Pak Dol : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..

Pak Dol : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..

Pak Dol pun menghulurkan duit RM1000nya kpd manager bank tu.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik. Hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaakeh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Dol mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Dol.....

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Dol : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik yg jd Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Dol : Bertaruh yang pak cik boleh dapat pegang telur Manager Bank..... ( sambil tersenyum kambing..)

Manager : Tak guna punya orang tua....

Moral - Jgn Bertaruh @ berjudi.. Dosa besar.. &.. jgn cuba lawan org tua.. hahahahahaha....

Friday, January 15, 2010

antara suka dan cinta

Perbezaan antara SUKA dan CINTA….
 
1. Apabila berhadapan dengan orang yang kamu cinta, jantungmu berdegup kencang. Di hadapan orang yang kita suka, hati menjadi gembira..

2. Bersama orang yang kamu cinta, kamu rasa suasana sentiasa berbunga. Bersama orang yang kamu suka, suasana hanyalah berangin nyaman.

3. Jika melihat ke dalam mata orang yang kamu cinta, perasaanmu menjadi kaku. Apabila kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu suka, kamu akan tersenyum.

4. Apabila kamu berhadapan dengan orang yang kamu cinta, kamu menjadi malu. Jika berhadapan dengan orang yang kamu suka, kamu cuba tunjukkan diri kamu yang sebenar.

5. Apabial berkata-kata dengan orang yang kamu cintai, lidahmu menjadi kelu. Apabila bercakap dengan orang yang kamu suka,  kamu bebas berkata apa saja.

6. Jika kamu ada perasaan cinta kepada si dia, pasti akmu malu hendak merenung matanya. Jika kamu suka kepada seseorang, kamu tidak malu merenung ke dalam matanya.

7. Apabila orang yang kamu cinta menangis, kamu akan turut menangis. Apabila orang yang kamu suka, menangis, kamu sedaya upaya cuba membuat dia gembira.

8. Apabila kamu mencintai seseorang, pasti ada perkara yang kamu rahsiakan daripadanya. Dengan orang yang kamu suka, kadang-kadang masalah peribadi juga boleh dikongsi bersama.

9. Apabila mengajak orang yang dicintai keluar makan, pasti kamu lebih cerewet memilih tempat. Bersama orang yang kamu suka, tidak kisah dimana pun janji kamu selesa dan gembira.

10. Kehilangan seseorang yang kamu cinta, pedihnya amat dalam. Pedih ditinggalkan orang yang kamu suka, sedihnya cuma sementara…

Thursday, January 14, 2010

Menyesal aku tanya....

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..

Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan,
lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya,
lelaki itu menambah..

bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul,
maka dengan muka merah padam dia menyambung..

"maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya

"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi...

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah..
siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,
maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun terus cabut lari.......

"adoiyai..! kantoi la plak.. menyesal aku tanya............"

Wednesday, January 13, 2010

aq-Orkid

bila fikir2 balik apa yg aku buat dan apa yg aku rasa.. aku rasa letih dan penat.

apa yg aku cari sebenarnya? apa yg aku nak sebenarnya? entahlah. aku cuma berjalan dan terus berjalan dan berjalan.

rasa nak stop. nak rehat. tapi RNR tak berapa selesa untuk tumpang berteduh.

Kadang2 tringat waktu dulu2... waktu sedang membesar, waktu zaman kegemilangan dan keghairahan, waktu bercinta, waktu suka... semuanya tak mustahil dan indah dan seronok.

berjaga 2-3 pagi apa ada kesah. lepas tu boleh pulak ke ofis pagi esok tuh. kerja. maintain je. kalau sekarang berjaga macam gitu, wajib qada' 2 hari!

ke mana2 nak berkapel ajer. tengok wayang, jalan2, live band.. semuanya nak berkapel.

skang rasa tak larat nak harung lagi benda tuh. penat.

tapi... kan seronok kalau di usia2 sebegini atau di waktu berusia nanti berkapel pula ke masjid. bersama2.

rasa damai jer.

kan kan :)

Tuesday, January 12, 2010

ATTN: Kaum Hawa..Kene Bc..Check dulu TUALA WANITA yang anda/isteri pakai

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalambahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihanya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telahmengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Be lia u seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satupembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2BINATANGSILAP2  KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAKTERJADI

ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...


Monday, January 11, 2010

tentang Ayah

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Sunday, January 10, 2010

mane hilang semangat aq.....

entahlah dah hampir dua tahun aq kat sini tapi mane hilang semangat aq yang berkobar-kobar mase mule-mule datang tempat menarik bagi lelaki ny...aq pn tak tahu kenape dengan aq, semue kerja tak jadi dah macam-macam aq buat kat sini...restoranlah, car washlah, travellah macam-macam lagi lah...aq pun tak pasti kenapa aq tak boleh nak berjaya....mungkin usaha aq belum cukup...perlukah aq cari sumber semangat yang baru.....???

Saturday, January 9, 2010

luahan hati aQ....

hari ini sekali lagi aku tak kenal siapa diri aku...huh...seorang lagi terluka...ya ampun.... puas lamanya aku menunggu kehadiranya tiba-tiba kegembiran itu dirangkul sekelip mata...benar kata mama jangan cepat bergembira dan bersorak jika mendapat sesuatu berita gembira...huh...semua orang bilang yang aku akan dapat apa yang aku inginkan... dan itu memang aku.. siapa yang kenal aku sudah tentu tahu, apa yang aku inginkan pasti akan aku dapat...susah senang akan aku usahakan... tapi bila aku mula jujur pada diri aku...seakan-akan dunia membalas dendam dengan semua perbuatan aku...aku kejam??? haha mungkin ini yang harus aku tempuh...mesti orang yang aku pernah buat terluka sedang mengetawakan aku!!! huh...lepas satu persatu aku terima...tak layak ke untuk aku mengasihi dan dikasihi??? aku dah tak mampu lagi...hari ini aku dinasihatkan oleh seorang teman tentang belajar MENGHARGAI...tidak aneh bunyi sebab tula pekara yang penting dalam perhubungan....adoi sakitnya bila cinta tidak dihargai... benar kata dia...akan aku jadikan pedoman dalam mengenal siapa yang bakal di cintai dan ku cintai... aku minta maaf pada diri aku sendiri sudah tentu ini balasan dariNYA... aku juga seperti orang lain yang perlukan perhatian....untuk aku merasakan diri ini juga dihargai...huh minta simpang kalau ini kan terus berterusan..... mungkin sudah kebiasaan hilang dan datang dalam hidup aku... tapi kehilangan kali ini betul-betul buat aku sedar yang orang yang aku kenali semuanya benar-benar sayang dengan diri orang yang berperwatakan KEJAM ini... hai terima kasih semuanya... tapi aku tetap aku...selagi matlamat aku tak tercapai jangan sebut nama aku... mungkin bunyinya kurang ajar tapi itulah aku... maaf buat kalian yang tersinggung akan perangai aku...

aku tidak serik lagi.......

Friday, January 8, 2010

dari seseorang....

Satu hari aq dapat Email dari seorang yang aq pernah kenal satu masa dulu...kami berkenalan melalui myspace, dia tegur aq pun sebab nak ikut trip yang aq buat, kalau tak silap aq buat trip pergi indonesia...masa tu dia dengan kawan die berminat nak ikut.....aqtak pernah jumpa die sebelum kami pergi indonesia. so pada hari yang ditetapkan kami berkumpul dan bersua muka........lepas trip ke indonesia tu aq tak pernah jumpa dia lagi...tapi pada satu hari yang aq sendiri tak pasti, aq terima email dari dia....dan ini emailnya......

Buat pertama kalinya ku bertemu seseorang sepertimu,
yang kelihatan hampir sempurna pada mulanya,
tutur katamu yg bisa membuatkan semangatku bangkit,
bisikanmu itu telah menghidupkan ku kembali,
yg dulu mati oleh kerna perbuatanku sendiri,
mengapa kau hadir untuk seketika?
dimana api itu telah kau nyalakan,
lalu menyemarak menyelubungi aku,
hingga aku terbakar keseorangan,
dimanakah engkau ketika ini?
dimanakah kesempurnaan itu?
Buat pertama kalinya ku bertemu seorang yg sepertimu,
yg kelihatan hampir bodoh untuk diriku,
yg tidak mampu melihat akan dirimu,
akan ku bisikkan ditelinga mu jika ku mampu,
bahawa kelak kan kau temui seseorang yg sepertimu...

sebenarnya aq pun tak pasti apa yang die nak cakapkan....so de sape2 yang boleh bantu aq???pls......

Thursday, January 7, 2010

Realiti Sekarang

Realiti dunia akhir zaman......






Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, menggoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.

Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.

Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.

Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sanggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville?

Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?
Hakikatnya ia telah berlaku dan sama-sama lah kita ambil pengajaran. 

Sebagai seorang ibu dan bakal ibu, amat penting bagi kita untuk mempunyai ilmu keibu-bapaan atau parenting dalam usaha kita megharungi cabaran dalam berkeluarga.



sumber artikel dari iluvislam.com

Wednesday, January 6, 2010

Adap Bersahabat

ولا تطع من أغفلنا قابه عن ذكرنا واتبع هواه
dan jgnlah engkau menurut orang yg telah Kami lalaikan hatinya drpd mengingati Kami, 
lalu ia mengikutkan hawa nafsunya
al-kahfi : 28


واتبع سبيل من أناب إلى 
dan ikutlah jalan orang yg suka kembali (bertaubat) kepadaKU
Luqman : 15

sabda Rasulullah SAW yg bermaksud :
"seseorg itu ats agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang
harus dipilih sebagai teman/rakan".


Ayat2 ini menegah kita bersahabat dgn org yg fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dlm memilih sahabat, antaranya :
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, pasti dia akan melindungimu.
  • Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan itu.

Saidina Ali pernah berkata, "saudaramu yg sebenar ialah org yg sentiasa berada disisimu (ketika susah & senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa saja utk kepentinganmu".


Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan :

  1. Orang yg mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
  2. Orang yg dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

 Allah S.W.T menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan org2 yg beriman, bertakwa & berakhlak mulia yg dpt bersama-sama menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara2 kebaikan & melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.


Inilah yg ditegaskan Allah S.W.T dalam firmanNYA yg bermaksud :


berpegang teguhlah dgn tali (agama) Allah bersama-sama 
dan jgnlah pula berpecah belah.
Ali Imran : 103


Di samping itu, hak seseorg individu dgn sahabat itu meliputi beberapa bahagian seperti harta, memberi bantuan rohani & jamani, memelihara lisan, mendoakan, memberi salam, menepati janji dan lain-lain.

Tuesday, January 5, 2010

Remaja Hari Ini

Sewaktu ku berjalan
Berseorangan di sebuah taman
Terjumpa sepasang-pasangan
Bercumbuan-cumbuan tanpa malu segan
Menyirap darah badanku
Kerna itu adlah remaja Melayu
Agamanya serupa denganku
Tapi hatinya sekeras batu
Ku teringat sabda junjungan
Cegahlah kemungkaran gunakan tangan
Lisan atau hati selemah iman
Dengan berhikmah
Ku takut bencana datang
Kerna bencana tidak kenal
Siapa yg perlu diserang
Yang jahat kena
Yang baik pun kena
Hukuman di Dunia
Kifarah dosa-dosa kita
Taubatlah sebelum terlambat
Cari keredhaanNya

Monday, January 4, 2010

Diary Seorang Isteri


Aduuuh...
Sakitnyer. ..
isk.... .
aduuh....
"Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

Sunday, January 3, 2010

Hari Kehancuran


Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi